Tuesday, September 29, 2015
Monday, September 28, 2015
LENCANA SEKOLAH
ILMU PANDUAN HIDUP
- Obor di tengah buku melambangkan semangat guru sebagai pendidik yang sentiasa utuh mendidik anak bangsa.
- Buku di sebalik obor menjadi nadi penggerak ilmu kepada murid.
- Bunga padi di kiri dan kanan menggambarkan resmi padi yang semakin berilmu bertambah budi.
- Lima roda melambangkan rukun Islam.
- Pancaran warna merah melambangkan keberanian guru dan murid dalam usaha merintis ilmu.
- Pancaran warna kuning melambangkan keharmonian dalam warga SKTB.
- Pancaran warna biru melambangkan perpaduan warga SKTB, PIBG dan warga setempat.
SEJARAH RINGKAS SEKOLAH
Bangunan
awal Sekolah Kebangsaan Tandop Besar mula dibina di Kampung Kubang
Bemban sekitar tahun 1950. Pengasas sekolah ini ialah Syed Embun bin
Syed Hussein (Penghulu) dan Tuan Haji Rahman bin Haji Ali (Imam).
Dengan
hanya berdindingkan kayu hutan dan beratap rumbia, pada tahun 1951
bangunan baru didirikan dengan keluasan 20' X 40'. Di antara kampung
yang menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tandop
Besar ketika itu ialah Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Lubuk Perong,
Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Manis, Kampung Pong Utara dan Kampung
Sireh.
Oleh
kerana bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung pertambahan jumlah
murid, maka pada tahun 1953 pihak Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah
memberi bahan binaan di atas tanah kerajaan seluas 4 ‘relong’ di tapak
baru yang terletak di Kampung Tandop Besar. Bangunan sekolah ini dibina
secara gotong-royong.
MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
| NAMA SEKOLAH | SK Tandop Besar |
| KOD SEKOLAH | KBA 7010 |
| LOKASI SEKOLAH | Luar Bandar |
| GRED SEKOLAH | A |
| SESI | 1 sesi (pagi) |
| ALAMAT | SK Tandop Besar, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman |
| TARIKH PENUBUHAN | 1950-an |
| PERASMIAN | 29 Jun 1978 bersamaan 23 rejab 1378, oleh Dato' Seri Syed Ahmad Shahabudin Dato' Seri Mahawangsa (Menteri Besar Keedah) |
| TEL/FAKS | 04-7868307 |
| sktandopbesar.ppdptp@gmail | |
| PEJABAT PPD | Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap |
| PORTAL PPD | http://www.ppdpadangterap.net |
| PKG | PKG Naka |
| JARAK KE PPD | 9 km |
| KELUASAN | 6 ekar (2.428 hektar) |
| SEKOLAH TERDEKAT |
1. SK Kampung Belukar 2. SMK Dato' Syed Ahmad 3. SMK Pedu |
| MUKIM | Belimbing Kanan |
| DUN | Pedu |
| PARLIMEN | Padang Terap |
Wednesday, September 9, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
